Feb
07

Wayang Rabak #1

Posted by kenchill. Categories Events, Flyers, Movies, Music

Tayangan filem sesuka hati diusahakan oleh 6 orang kutu-kutu yang tak tau nak buat apa di Ipoh pada hari Sabtu. Jadi, moh le kita menonton!

Filem-filem:

‘500 DAYS OF SUMMER’ (2009);

Sebuah filem romantik komedi yang dilakonkan oleh Joseph Gordon-Levitt sebagai Tom Hansen dan Zooey Deschanel sebagai Summer Finn. Filem ini dipadatkan lagi dengan soundtrack The Smiths, The Pixies dll.

‘DRIVE WELL, SLEEP CAREFULLY: ON THE ROAD WITH DEATH CAB FOR CUTIE’ (2005);

Dokumentari tentang band indie rock berasal dari Amerika. Diselang-seli dengan sedutan persembahan-persembahan mereka sepanjang tour album mereka yang berjudul ‘Transatlanticism’.

‘MAT NOR KHUSHAIRI & THE VELVET BOYS’ (2001);

Telefilem arahan Mamat Khalid yang boleh dikategorikan sebagai rare untuk ditayangkan kepada umum. Pernah ditayangkan suatu ketika dulu dan kini akan ditayangkan semula di ‘Wayang Rabak’.

‘CIN-NTAH’ (2011);

Filem pendek pertama tulisan dan arahan Mohd Jayzuan dan buat pertama kalinya akan ditayangkan kepada umum di ‘Wayang Rabak’.

Hanya RM3 + popcorn!

Untuk pertanyaan lokasi dengan lebih lanjut boleh hubungi:

Natasha (017-5058314)
Yvonne (019-5429779)

DIBIKIN OLEH KUTU-KUTU DI: Projek Rabak (http://www.facebook.com/pages/Projek-Rabak/158914930826399)

 


  • RELATED / YOU MIGHT FIND THESE INTERESTING
  • No related posts

Leave a Reply

XFM. Kami Tak Hot, Kami Cool!