Jun
01

Pekan Frinjan 12: Efek Rumah Hijau

Posted by kenchill. Categories Events, Flyers, Music

Pekan Frinjan 12 hadir dengan tema ‘Efek Rumah Hijau‘ bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia yang jatuh pada tanggal 5hb Jun setiap tahun. Menjadi harapan kami agar mesej dan pesan seputar isu-isu alam sekitar dapat disampaikan kepada khalayak muda khasnya dengan pendekatan santai dan cool.
5hb Jun 2010, hari Sabtu
jam 5.00 petang sehingga 12 tengah malam
bertempat di Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam, Selangor

Susunan program

5.00pm – gerai-gerai anak muda dan NGO dibuka
8.45pm – persembahan muzik, puisi, teater dan naskhah dimulakan
12.00am – tamat

Persembahan Musik

Ph7
Ajwad http://www.youtube.com/user/maerst
Damien
Primary http://www.myspace.com/pprriimmaarryy
Liyana Fizi http://www.myspace.com/liyanafiz
Kyoto Protocol http://www.myspace.com/KPBand
Definitely Maybe http://www.myspace.com/definitely
Part Time Lovers http://www.myspace.com/partimelovers

Persembahan puisi naskhah monolog

Sharyn
Elizabeth Wong http://elizabethwong.wordpress.com/
Nazri M. Annuar http://www.dunia-vovin.com/
Tu Tin Nurancang
Andenn Hassan & Dr. Samsi Experiment http://www.cintabunuhdiri.blogspot.com/
Cech & Eezat Asyiq SISISENI http://sisisenikomuniti.blogspot.com/

Pekan Frinjan 12 akan turut diserikan dengan bacaan puisi dari PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PELANCONGAN, HAL EHWAL PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR SELANGOR, Elizabeth Wong.

Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.

Frinjan ialah entiti sifar-untung yang dijayakan oleh kelompok bebas. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti jalanan bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial .

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

012 682 8058 : Alina Abdullah   012 308 3804 : Zulhabri Supian

atau emel ke frinjan@gmail.com atau frinjan@tourismselangor

Acara ini dianjurkan oleh kumpulan Frinjan dengan sokongan dari Tourism Selangor dan turut dibantu oleh MBSA dan dipangku Republik Anak Muda (RAM)

http://www.facebook.com/?ref=home#!/event.php?eid=122339577778194&index=1

www.frinjan.net
www.myspace.com/frinjan
www.twitter.frinjan
Facebook: frinjan

 


Leave a Reply

XFM. Kami Tak Hot, Kami Cool!