Dec
30

Pekan Frinjan – Menolak Rasisme

Posted by kenchill. Categories Events, Flyers, Music

pekanfrinjan7

Kumpulan Frinjan dengan kerjasama Tourism Selangor dengan berbesar hati menjemput anda ke Pekan Frinjan 7.0 yang bertemakan menolak perkauman pada 9hb Januari 2010, hari Sabtu, jam 5.00 petang sehingga 11 malam bertempat di Laman Menara Jam, Dataran Shah Alam, Selangor

Sikap perkauman yang masih menebal di kalangan rakyat Malaysia baik di sektor awam, swasta, parti politik, sukan, seni dan macam-macam lagi sangat dikesalkan. Kami anak-anak muda di Frinjan dengan usaha kecil ini berharap dapat memberi kesedaran kepada golongan muda terutamanya untuk menolak segala bentuk diskriminasi perkauman di segala bidang. Kami percaya ini adalah usaha berterusan dan mengambil jangka masa yang panjang untuk berjaya dan medium seni melalui muzik, puisi dan teater digunakan keran lebih dekat dengan anak-anak muda.

Pemuisi, pemain teater dan pemuzik yang akan membuat persembahan;

Persembahan akan bermula pada jam 8.30 malam

Couple
Carburetor Dung
(!!!)
Azmyl Yunor
Aria
Tri
Jalikuhaisan feat. Exike & Ili
Keladak
Benjamin Hasni
Illya Syahirah
Zhafir
Rafaat Haji Hamzah
Marini Rafar
Faisal Mustaffa
Nurul Schmurul
Buddhi Hikayat
Paradoks Theatre
Fahmi Fadzil

Gerai-gerai jualan buku, t-shirt dan barang-barang seni lain dari penggerai anak-anak muda juga akan turut memeriahkan suasana dari jam 5 petang

Ada juga kaunter pendaftaran pengundi, khidmat guaman dari Biro Bantuan Guaman, Saya Anak Bangsa Malaysia yang mempromo menolak perkauman dan macam-macam lagi.

SEMUA ACARA ADALAH PERCUMA!

Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok independen bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.

Sokongan pihak tuan dalam menjayakan usaha ini amatlah dialu-alukan, dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

012 682 8058 : Alina Abdullah   012 308 3804 : Zulhabri Supian

atau emel ke frinjan@gmail.com atau frinjan@tourismselangor

Acara ini dianjurkan oleh kumpulan Frinjan dengan sokongan dari Tourism Selangor dan turut dibantu oleh MBSA. Dan dipangku oleh RAM (Republik Anak Muda).

www.frinjan.net
www.myspace.com/frinjan

 


Leave a Reply

XFM. Kami Tak Hot, Kami Cool!